Tuesday, November 30, 2010

Inilah hariku!

 

Salam

`"Terimalah apa yg Aku kurniakan kpdmu dan jadikanlah dirimu dr org2 yg bersyukuri"- Al A'raf 144

Sesungguhnya kita sedang diliputi nikmat yg byk dan sgt bernilai tetapi kita tidak menyedari dan lupa utk mensyukuri. Memakan makanan yg lazat2 sekenyang2nya, minum minuman yg sedap sepuas2nya padahal terdapat masih ramai yg tidak makan dan minum kerana penyakit atau kemampuan yg tidak mengizinkan. Anugerah pendengaran, penglihatan, kesihatan, tempat tinggal, pekerjaan, teman sekeliling dan akal fikiran yg sihat lagi siuman.

".......sedikit di antara hamba2Ku yg bersyukur"- As Saba' 13

Ketahuilah! Syukur itu berhubungan dgn hati, lidah dan anggota badan. Sebagaimana dirawikan seorang nabi melihat batu kecil mengeluarkan air. Lalu Allah membuat batu itu berkata tangisan takut akan azab api neraka dan kemudian bersyukur setelah doanya dimakbulkan Allah. Memang hati manusia sekeras batu atau lebih keras lagi. Yg dpt melembutkannya hanyalah menangis kerana takut dan syukur.

Semaikan dlm hati penghambaan yg menyeluruh pdNya dgn berbuat kebaikan sesama makhluk. Lahirkan kesyukuran dgn lidah dgn pujian pdNya setiap nafas yg dihembuskan. Kerahkan anggota badan keseluruhannya utk melakukan ketaatan pdNya tanpa diselangi kemaksiatan atau perbuatan yg sia2.

Beristirgfarlah atas semua dosa, ingatlah sentiasa pdNya, bersiap2lah utk satu perjalanan jauh menuju akhirat dan nikmatilah hari2 dgn segala keriangan dan penuh keredhaan.

Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan itu seramah wajahnya dan keikhlasan itu sesuci rupanya.  Org2 yg akan dapat merasa manfaat dr semua itu adalah yg melakukannya. Merekalah yg akan merasa hasilnya serta-merta dlm jiwa, akhlak, nurani sehingga mereka berlapang dada, tenang, tenteram dan damai.

"Sedang ia tidak menanggung budi sesiapa pun, yg patut dibalas, hanya mengharap keredhaan Tuhannya Yg Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pd hari akhirat dgn mendapat segala yg diharapkannya"- Al Lail 19-21

Allahu a'lam

Friday, November 26, 2010

Lebah, haiwan istimewa


Salam.
"Dan Tuhanmu telah mewahyukan (mengilhamkan) kpd lebah, buatlah sarang2 di bukit2, di pohon2 kayu dan di tempat2 (diam) yg dibuat manusia; kemudian makanlah tiap2 (macam) buah2an dan tempuhlah jln Tuhanmu yg memudahkan (bagimu), dr perut lebah itu keluar minuman (madu) yg bermacam2 warnanya dan di dlmnya terdapat ubat yg menyembuhkan bagi manusia"- An Nahl 68-69

Terdetik dlm benak fikiran akan keistimewaan makhluk Allah sehingga tercatat namanya dlm Al Quraan.
Secara ilmiah madu dr lebah byk manfaat utk manusia sbg keperluan jasmani. Allah tidak memperincikan sakit apa yg dpt disembuhkan dgn meminum madu tetapi amal dan doa bergantung pd niat.
"Aku mengabulkan permohonan org yg berdoa (mohon dgn sungguh2) apabila ia berdoa maka hendaklah mereka memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kpdKu"- Al Baqarah 186

Marilah kita manfaatkan lebah secara keseluruhannya bagi keperluan rohani pula. Allah mewahyukan makhluk ini agar sentiasa menempuh jln Tuhannya sbg mana Nabi s.a.w diwahyukan. Lebah hidup bermasyarakat dgn sistem dan peraturan undang2. Dari kehidupan lebah ini akan kita pelajari semangat kebersamaan, pertahanan diri, etika kerja yg tidak mengenal lelah,displin, cinta kebaikan, tidak pernah merosak, menyakiti malah menebarkan kebaikan.

Ketetapan Allah (sunatullah) mengatur fungsi alam semesta. Keseimbangan alam tidak lain kerana tunduk/taat nya semua apa yg ada di langit dan bumi termasuk makhluk yg bernama manusia dan lebah. Berbuat sesuatu yg bertentangan dgn sunatullah akan mengakibatkan kerugian diri sendiri dan org lain serta lingkungan dosa dan kesalahan.
 
Disinilah pentingnya peranan iman dlm mempertahankan keseimbangan diri. Islam mengajar umatnya tatacara penyelamatan diri dr segala bentuk perilaku yg merosak diri dan masyarakat sekeliling serta alam dgn mentaatiNya. Sewaktu ibadah solat, seseorang akan menghubungkan dirinya dan berdialog dgn Penciptanya dgn Zat Energi yg Maha Kuat dan Maha Hidup  yg memberi kekuatan dan kehidupan. Begitu juga dgn suruhanNya dlm ibadah mengtauhidkanNya, zakat, puasa, haji dan amalan junjungan besar Nabi s.a.w

"Tidaklah kamu ketahui, kpd Allah lah bersujud (tunduk dan taat) apa2 yg di langit dan di bumi dan matahari dan bulan dan bintang dan gunung dan pohon2 dan binatang melata dan sebahgian besar manusia"- Al Hajj 18
 
Allahu 'alam

Tuesday, November 23, 2010

Binalah istanamu di dlm syurga

Salam

Sudahkah kita persiapkan diri utk menghadapi hari itu?.Jgn bersedih dan jgn sayang atas segala sesuatu dari kenikmatan dunia kerana ia akan sirna dan tidak berharga kecuali amal soleh.

"Sesiapa yg beramal soleh dr lelaki atau perempuan sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dgn kehidupan yg baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dgn memberikan pahala yg lebih dr apa yg mereka telah kerjakan"- An Nahl 97

Kita memiliki kedudukan yg sama atas amalan kita sendiri walau di mana kita sekali pun. Oleh itu, berikanlah yg terbaik, jadilah lampu penyuluh bagi org2 di sekeliling dan teladan yg sempurna bagi mereka.

Jadikan olehmu Asiah, Maryam, Khadijah, Aisyah, Asma' dan Fatimah r.a. Mereka diantara mukminah pilihan yg baik, sabar, taat, berpuasa dan yg menunaikan solat. Kajilah dgn cermat kisah hidup mereka dan ikutilah jln itu nescaya akan kita dapati kebaikan, kebahgiaan dan ketenteraman.

Musibah dlm bentuk apa sekalipun adalah penghapus dosa dan pahala di sisiNya yg akan Ia tunaikan kelak di akhirat.

Allahu a'alam

Monday, November 22, 2010

Air .....Ubat yg terlupakan


Salam

Allah Taala telah menjadikan air sebagai salah satu nikmat bagi seluruh penghuni syurga dan juga satu bentuk seksaan di akhirat bagi yg berbuat dosa dan maksiat.

"Sifat syurga yg telah dijanjikan kpd org2 yg bertakwa : ada pdnya beberapa sungai dr air yg tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dr susu yg tidak berubah rasanya,serta beberapa sungai dr arak yg lazat bg org2 yg meminumnya, dan juga beberapa sungai dr madu yg suci bersih. Dan ada pula utk mereka di sana segala jenis buah2an,serta dr keredhaan Tuhan mereka. Adakah org2 yg tinggal kekal di dlm syurga yg sedemikian itu keadaannya sama seperti org2 yg tinggal kekal di dlm neraka dan diberi minum dr air yg menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?-Muhammad 15

Oleh kerana kewujudannya disebut dlm Al-Quran maka makhluk Allah ini sangat penting dan tidak ternilai. Kegunaannya sebagai asas kehidupan kita ketahui, juga kegunaan rohani juga kita ketahui tapi kegunaannya sebagai ubat pd jasad tidak ramai yg ketahui.

Cairan yg terdapat dlm tubuh kita berkurangan sekitar dua setengah liter sehari melewati tiga
saluran berikut: 
a. 1 liter melalui buah pinggang.
   -pusat penapisan akan menapis dgn baik dgn adanya air yg mencukupi.
b. 1 liter melalui pernafasan dan kulit pd saat kering dan sejuk    
   -kekurangan kelembapan membuatnya terdedah kpd bakteria dan virus                        
c. Setengah liter melalui organ penghadaman.
   -unsur air dpt berfungsi dgn sempurna

Oleh kerana itu kita perlu minum sekurang2nya dua setengah liter sehari agar anggota badan dpt bekerja dgn baik.Teori Dr. Fredoun Paithman Gleeg,seorang ahli perubatan alternatif yg digelari sebagai "doktor air" dan "pengasas ais di Teheran" melaungkan slogan, " Anda sebenarnya tidak sakit......anda hanyalah sedang dahaga....maka jgnlah ubati rasa dahaga dgn ramuan dan ubatan"

Perlu kita ketahui air membentuk 85% darah manusia, 82% buah pinggang, 75% otot, 74% sel otak, 69% hati dan 22% tulang. Berilah hak2 organ kita agar mereka dpt berfungsi dgn baik utk kita.

Allahu 'alam

    Keutamaan ilmu



    Salam

    Buat pertama kalinya saya menulis dlm blog ini. Keinginan utk luahan rasa dah lama cuma terpendam dek keadaan yg tidak mengizinkan terutama ilmu blogging.

    "Allah Ta'alah mengangkat org2 yg beriman dan org2 yg diberikan ilmu beberapa darjat"-Al Mujadalah:11

    Di sini terasa malu dgn anak yg ilmu blogging nya melebehi saya. Subhanallah, ilmu Allah beri pada yg mencari dan bukan pada yg ingin tanpa mencari dgn tiada sempadan umur. Akhirnya saya menjadi murid bagi anak saya. Alhamdulillah, dapat saya buang rasa malu yg tak bertempat.

    Niat berblogging ialah atas sabda Nabi s.a.w, "Pelajari ilmu itu suatu kebaikan, menuntutnya suatu ibadat, muzakarahnya suatu tasbih, membahaskannya suatu jihad dan mengajarkannya kpd yg tak tahu satu sedekah"-Bingkisan Mutiara@ Imam Sayuti.

    Semoga Allah beri kekuatan dan memudahkan dan meredhai niat saya. Ameen...

    Allahu a'alam