Monday, March 14, 2011

Lazatkah Maksiat?

Salam

"Aduhai, sekiranya dulu aku berbuat sesuatu utk hidupku sekarang ini!" - al Fajr

Kehidupan seharian kita tidak akan lari drp dua perkara, sama ada berada dlm maksiat atau taat. Fahamkah kita tentang 'halawah al-iman' (kemanisan iman) yg pernah baginda Nabi s.a.w sebutkan. Membaca al-Quran, solat berjemaah, berpuasa sunat, menghadiri majlis ilmu, qiamullail dan mendekatkan diri pdNya manis. Mungkin kerana hati kita sedang berlazat2 dgn maksiat sehingga ketaatan pdNya menjadi tawar dan hambar.

Imam as-Shafie pernah mengadu kpd gurunya Waki' mengenai hafalannya yg terjejas. Waki' lantas menasihatkannya 'Tinggalkan maksiat' kerana taat dan maksiat takkan bertemu dlm situasi hati yg sama.

"Sesungguhnya pd kebaikan itu cahaya pd wajah, sinar pd hati, kelapangan pd rezeki dan kekuatan pd badan serta kecintaan di hati ramai org terhadap dirinya." - Abdullah bin Abbas
.
Kekuatan mukmin adalah pd hatinya. Ia raja kpd anggota badan. Apabila hatinya kuat, maka anggotanya kuat dan tindakannya juga bermatlamat. Kekuatan org Parsi dan Rumawi yg tamadunnya sgt pesat dan memiliki kelengkapan perang dpt ditundukkan oleh para sahabat yg lebih kuat hatinya.

Waktu utk melihat manusia sibuk pd malam merayu sebuah keampunan drp Allah seolah2 sudah luput kerana kehadiran hiburan yg melalaikan, tidur dgn mimpi yg indah di atas singgah sana yg empuk dan keriuhan kedai makan dgn hidangan yg lazat tanpa mengawal nafsu. Kitakah itu?

Sungguh, hati kita kering drp cinta kpdNya. Apakah apabila semakin dekat dgn kematian dan kiamat, makin jauh manusia drp Allah. Nauzubillah!. Moga Allah kurniakan kita cinta kpdNya. Ameen.

Allahu 'alam







Sunday, January 16, 2011

Teman daerah tinggi (al-Rafiq al-A'la)


Salam

"Wahai Tuhan kami! Sememangnya Kamu mengetahui apa yg kami sembunyikan dan apa yg kami zahirkan. Tidak tersembunyi pdMu sesuatu pun di bumi dan di langit." Ibrahim 38

Kita berdoa bukan utk memberitahu Allah apa yg kita pinta, kerana tanpa diberitahupun Allah Maha Mengetahui segala apa yg kita zahirkan mahupun apa yg kita sembunyikan. Sebenarnya doa adalah tanda  pengabdian yg mutlak dan pengiktirafan hamba di atas kelemahan, kedhaifan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan segala sifat2 kehambaan di sisi Yg Maha Agung.Sebagai hamba kita memerlukanNya lebih drp segala2 dlm hidup ini. Maka kewajipan hamba ialah memuliakanNya setiap masa dgn berdoa.

"Berdoalah kamu kpdKu, nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya org yg sombong takbur diri drp beribadah dan berdoa kpdKu akan masuk neraka Jahanam dlm keadaan hina" al-Ghafir 60

Sedarlah sebagai hamba Allah kita mesti selalu berhubung dgnNya sebagaimana para rasul, nabi, para sahabat, tabiin, tabi' al-tabiin dan generasi  salafussoleh menjadikan doa yg dipegang dan diamalkan.

Mengapa doa penting?
1. Mengekalkan talian hayat dgn Allah.
Sebagai bentuk zikir yg membolehkan hamba berinteraksi dan berkomunikasi dgn cara yg paling harmoni. Dgn mengingatiNya jiwa akan hidup dgn tenang yg merupakan hakikat kebahgiaan.

"Yakni mereka yg beriman dan hati mereka menjadi tenang dgn mengingati Allah. Ingatlah hanya dgn mengingati Allah hati menjadi tenang" - ar Ra'd 28

2. Penghijrahan ke arah kebaikan secara berterusan.
Doa berbentuk pengharapan sebaik takdir setelah berusaha melaksanakan sebaik tadbir agar dpt berubah kearah yg lebih baik, insyaAllah.

"Dan Dia memperkenankan (doa) org beriman serta mengerjakan amal soleh dan menambah (pahala) kpd mereka drp kurniaNya"- as Syura 26

3. Didampingi Malaikat dan meminggirkan Syaitan.
Keingkaran utk berdoa dlm cara kehidupan seharian mengundang persahabatan dgn syaitan laknatullah. Malaikat beribadah dgn berzikir pdNya siang dan malam. Maka perbanyakan zikir agar dihampiri malaikat.
"Doa ialah ibadah " hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi

  4. Memorandum of understanding dgn Pencipta.
Bermohon, merayu, mengadu, merintih dan meluahkan segala2 kpdNya adalah lumrah manusia ketika berada dlm keadaan terdesak.

"Apabila manusia ditimpa kemelaratan, manusia berdoa kpd Tuhannya dlm keadaan bersungguh2 kembali kpdNya. Kemudian apabila diberi ruang mengecapi rahmat drpNya, tiba2 satu golongan di kalangan mereka mempersekutukan Tuhan" ar-Rum 33

Insan lain kadang2 tidak dpt mendengar, memahami, menyelesaikan dan menyimpan pengaduan kita yg ada kalanya terlalu personal.

"Jika hambaKu bertanya kamu tentang Aku maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kpdKu. Oleh sebab itu, wajarlah mereka sahut seruanKu dan beriman dgnKu, semoga mereka beroleh petunjuk" al-Baqarah 186
 
Allah sentiasa ada utk mendengar segala rintihan dan harapan kita dan ingatlah kita tidak sendirian.

5. Sumber tenaga yg berkuasa besar.
Kita bukan sahaja mendapat kekuatan drp Allah ketika berdoa malah akan meningkatkan keupayaan tenaga dlm diri dgn menyerahkan diri kpd sumber tenaga yg tidak terhad. Interaksi dan komunikasi kpd sumber tenaga Yg Maha Hebat akan meledakkan satu kuasa baru. Inilah sumber tenaga yg dimiliki para rasul apabila berhadapan dgn kuasa besar yg menghalang kebenaran.

" Doa itu adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi" riwayat al-Hakim

6. Antibodi mental dan fisikal.
Sains perubatan mampu memusnahkan penyakit yg disebabkan oleh bakteria dan virus tetapi gagal menyekat emosi kerisauan, ketakutan, kebencian, kemurungan yg semakin menular dlm kehidupan manusia masa kini. Emosi negetif inilah penyakit hati (mazmumah) yg memberi impak langsung kpd fisikal manusia.

"Kesalahan ahli perubatan adalah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan." Plato

Integriti dlm berdoa perlu dijaga dgn mengimbangkan doa dgn usaha (ikhtiar). Tidak patut memohon hidayah tetapi berat hati utk ke majlis ilmu. Mohan kesihatan tetapi masih merokok dan mohon rezeki tetapi malas bekerja.

"Doa diperkenankan bukan semasa kita meminta tetapi semasa kita berusaha!"

Jadi, berdoalah.... nescaya kita tidak akan bersendirian dlm mengharungi kehidupan yg penuh dgn ujian dan rintangan. Ada yg senantiasa mendengarnya!

Allahu 'alam








Thursday, January 6, 2011

Sedikit itu sihat

Salam

"Doktor, anak saudara saya masih muda, makan seperti biasa, badannya berisi, jarang bersenam, kuat merokok dan gemar minum kopi. Tapi, dia sihat saja!"
  "Anak saudara puan memang sihat sekarang, tetapi dlm beberapa tahun lagi, jika dia tidak mengubah gaya hidupnya, maka dia akan mudah diserang pelbagai penyakit kerana dia ibarat sedang menabung satu penyakit," jawab doktor.

"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yg indah di setiap (memasuki)  masjid, makan dan minumlah dan jgn berlebih2an. Sesunguhnya Allah tidak menyukai org2 yg berlebih2an"- Al Araf 31

Ada 3  kunci ajaran Nabi S.A.W dlm soal makan iaitu:-

 1. Makan dan minum tidak berlebih2an, sesuai
 dgn perintah Allah spt ayat di atas.
Pada intinya utk mengurangkan penyerapan kalori secara berlebihan. Thomas J. Slaga dlm bukunya The Detox Revolution membuktikan bahwa penurunan penyerapan kalori akan meningkatkan sistem detoksifikasi.


 2.  Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Terlalu byk makan akan memudahkan timbulnya radikal bebas yg merupakan  penyebab dasar dr penyakit2 barah, kardiovascular dan degeneratif(penyakit keturunan).

3. Makan mengisi perut dgn sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga udara.-Hadis Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim
Secara purata isi padu perut kita adalah sekitar 1500 ml. Menurut sunnah maksimum 500 ml bagi makanan termasuk sayur2an  dan buah2an, 500 ml bagi minuman dan baki 500 ml bagi pernafasan.

Secara perubatan, byk sekali manfaat yg akan diperolehi jika mengambil buah2an dlm keadaan perut kosong. Buah2an byk mengandungi air dan gizi seperti glukosa, asid amino, vitamin dan mineral. Pengambilan buah2an memberi tenaga segera dan membersih perut dari sisa2 pencernaan berupa racun2 akibat pencernaan yg buruk.

Hal yg perlu diperbetulkan di sini ialah pengambilan buah2an sebelum makan dan bukan sebagai hidangan pencuci mulut. Buah2an akan meneutralkan asid perut, sekalipun buah yg masam spt limau kerana ia merupakan pembentuk alkali (zat yg bercampur dgn asid)

 
 "Tubuh manusia cenderung sakit kerana 71 trilion sel pembentuk tubuh manusia lebih bersifat asid berbanding bersifat bes. Oleh kerana itu manusia harus berikhtiar utk sihat."- Charles B. Simone, Cancer n Nutrition, Princeton Institute, 2004

"Tidak ada pelindung yg lebih kuat bagi hamba2Ku kecuali mengurangkan makan"-Hadis Qudsi