Thursday, January 6, 2011

Sedikit itu sihat

Salam

"Doktor, anak saudara saya masih muda, makan seperti biasa, badannya berisi, jarang bersenam, kuat merokok dan gemar minum kopi. Tapi, dia sihat saja!"
  "Anak saudara puan memang sihat sekarang, tetapi dlm beberapa tahun lagi, jika dia tidak mengubah gaya hidupnya, maka dia akan mudah diserang pelbagai penyakit kerana dia ibarat sedang menabung satu penyakit," jawab doktor.

"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yg indah di setiap (memasuki)  masjid, makan dan minumlah dan jgn berlebih2an. Sesunguhnya Allah tidak menyukai org2 yg berlebih2an"- Al Araf 31

Ada 3  kunci ajaran Nabi S.A.W dlm soal makan iaitu:-

 1. Makan dan minum tidak berlebih2an, sesuai
 dgn perintah Allah spt ayat di atas.
Pada intinya utk mengurangkan penyerapan kalori secara berlebihan. Thomas J. Slaga dlm bukunya The Detox Revolution membuktikan bahwa penurunan penyerapan kalori akan meningkatkan sistem detoksifikasi.


 2.  Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Terlalu byk makan akan memudahkan timbulnya radikal bebas yg merupakan  penyebab dasar dr penyakit2 barah, kardiovascular dan degeneratif(penyakit keturunan).

3. Makan mengisi perut dgn sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga udara.-Hadis Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim
Secara purata isi padu perut kita adalah sekitar 1500 ml. Menurut sunnah maksimum 500 ml bagi makanan termasuk sayur2an  dan buah2an, 500 ml bagi minuman dan baki 500 ml bagi pernafasan.

Secara perubatan, byk sekali manfaat yg akan diperolehi jika mengambil buah2an dlm keadaan perut kosong. Buah2an byk mengandungi air dan gizi seperti glukosa, asid amino, vitamin dan mineral. Pengambilan buah2an memberi tenaga segera dan membersih perut dari sisa2 pencernaan berupa racun2 akibat pencernaan yg buruk.

Hal yg perlu diperbetulkan di sini ialah pengambilan buah2an sebelum makan dan bukan sebagai hidangan pencuci mulut. Buah2an akan meneutralkan asid perut, sekalipun buah yg masam spt limau kerana ia merupakan pembentuk alkali (zat yg bercampur dgn asid)

 
 "Tubuh manusia cenderung sakit kerana 71 trilion sel pembentuk tubuh manusia lebih bersifat asid berbanding bersifat bes. Oleh kerana itu manusia harus berikhtiar utk sihat."- Charles B. Simone, Cancer n Nutrition, Princeton Institute, 2004

"Tidak ada pelindung yg lebih kuat bagi hamba2Ku kecuali mengurangkan makan"-Hadis Qudsi








1 comment:

  1. Salam..
    Dah lama mak xmenulis kan kan?
    Ngah ske post nie...

    ReplyDelete